Sunday, November 11, 2007

Apakah pencapaian di dunia ini yang kamu idamkan?

Apakah pencapaian di dunia ini yang kamu idamkan?

- Pejuang sejati (Supaya kamu dipandang tinggi sebagai pejuang kah?)

- Dermawan (supaya dermaan kamu untuk disebut-sebutkah?)

- Cendiakawan (supaya intelek kamu diperkatakan kah?)

Ayuh, dengar tazkirah ini.
Moga ia bisa mengobat hati.

Berikut adalah kuliah dari Tuan Ibrahim Tuan Man


powered by ODEO

(ikhsan Wewr http://ceramahmelayu.multiply.com)

Komen dhuat

Sebenarnya aku amat sedih kerana di Kotaraya ini amat sukar untuk mendapatkan kuliah
daripada kedua-dua Tuan GUru kita terutamanya Nik Abdul Aziz.
Rata-rata muda-mudi pada hari ini hanya mengenali Tuan Guru sebagai orang politik walhal dialah
dikalangan orang intelek yang pernah aku kenali dari jauh.(Maafya, Syed Naquib Al Attas tak dapat mengatasi beliau)

Pada awal pembabitan aku dalam mendengar kuliah Tuan Guru, memang aku akui beliau orang baik,simple, berakhlak dan berilmu dan tidak lebih dari itu.

Tetapi baru-baru ini, aku diajar oleh 'Mok Usu' aku teknik untuk 'encrypt' kuliah Tuan Guru NIk Abdul Aziz.

Encrypt bermaksud menghurai, mengamal, mengkaji, menganalogi dan mengguna pakai anologi pada tempatnya.

Beberapa minggu sudah aku dengar kuliah beliau kalau tak silap berkenaan jangan bersikap PONGOH.
Best kaset ini, antara isinya adalah.... seorang doktor yang bagus, jikalau pesakitnya demam, tidaklah diberi ubat
selain ubat demam.Tidaklah diberi ubat selsema kerana itu tidak bermanfaat buat pesakitnya.

Mok Usu aku encrypt petikan itu sebegini...

"Jikalau anok Usroh Mok Usu hebat dengang public speaking, dokkangla Mok Usu suroh diye wat kerje paperwork atau mende hok diye dok gemor.Sudah tentulah Mok Usu akan gilap bakatnya sehingga bersinar."

Aku bersorak di dalam hati"WOW!"

Aku masih belajar ilmu encrypt ini...


Bahasa Tuan Guru amat tinggi sehinggakan boleh mencakupi 'audience' dari kalangan orang kampung sehinggalah professore.

Mungkin sebahagian dari kamu ingat bahawa tazkirah beliau untuk orang-orang kampung sahaja.

Tidak tuan-tuan, sistem encrypt ini berlaku sedari zaman Rasul lagi.

Hanya jauhari yang mengenal manikam.



Aku salin sebahagian daripada KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

........Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Perasan tak petikan ini?

"Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku."

Pada pandanganku, itu ilmu encrypt bukan?



Wallahhuaklam.


Oh ya, silalah juga melayari http://seikhlashati.blogspot.com
Aku mengumpulkan tazkirah terpilih untuk didengar oleh anak-anak muda hari ini.
Anak muda hari ini hanya mengenali dan akses ilmu dari mereka yang terpapar di kedai kaset cuma,
Ustaz Syamsuri, Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Aqil Hayy...

Ohh berapa banyaklah anak muda yang berinternet mencari kuliah mp3?

Wednesday, October 3, 2007

PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL FITRI PRESIDEN PAS

PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL FITRI
PRESIDEN PAS

Saya bagi pihak Parti Islam Se Malaysia (PAS) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri kepada semua umat Islam khasnya rakyat Malaysia samada yang berada di tanahair ataupun di luar negara. Sesungguhnya hari ini adalah hari kurniaan Allah swt kepada mereka yang telah berjaya menjalani ibadat puasa sepanjang bulan Ramadhan dengan penuh ketaatan kepada Nya, mengerjakan segala yang disuruh dan menjauhkan segala yang dilarang.

Mudah-mudahan Allah swt menerima segala amalan kita sepanjang bulan yang penuh barakah itu dan mengurniakan kita kejayaan bagi melalui bulan-bulan yang berikutnya. Inilah masanya untuk kita memperbaharui azam dan mempertingkatkan komitmen kita untuk berjuang dengan sungguh-sungguh bagi meninggikan agama Nya setelah kita berjaya terbit dan lulus dari bulan tarbiyah sepanjang Ramadhan yang lalu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Supaya agama ini zahir, menang mengatasi segala ajaran yang lain walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin (as Saff : 9)

Kejayaan akan menjadi milik kita dengan pertolongan Allah swt sekiranya kita berjaya menzahirkan ketaqwaan dan keimanan yang kukuh bagi menghadapi mereka yang memusuhi kita. Al Quran yang diturunkan pada bulan Ramadhan mestilah menjadi pegangan dan panduan kita untuk dibawa ketengah masyarakat bagi menyelamatkan mereka dari kesesatan dan kemusnahan dengan memimpin mereka ke arah kebenaran dan kesejahteraan yang sebenar. Allah swt berfirman yang bermaksud:

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (al Baqarah : 185)

Marilah pada hari yang mulia ini kita seluruh umat Islam, berbekalkan semangat Ramadhan, bersatu di bawah panji-panji Islam dengan mengenepikan apa sahaja perselisihan dan perbezaan diantara kita, bersama melangkah dinaungi keredhaan Nya. Sessungguhnya urusan agama dan dunia insyallah akan dapat kita laksanakan dengan sempurna kiranya kita berjaya menyatukan persaudaraan kita di atas kalimah tauhid yang satu, berpadu menyelamatkan agama, bangsa dan Negara.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillahhil Hamd

Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang
Presiden PAS

1 Syawal 1428

Wednesday, September 12, 2007

Sifat 20 - oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz (Bahagian 1)


powered by ODEO

Dicupik daripada http://ceramahmelayu.multiply.com/music .

Tuesday, September 11, 2007

Assalamualaikum dunia.